Pages

Friday 22 July 2011

Cebisan kata

Mudah-mudahan ilmu ini dapat kita kongsikan bersama...sempena bulan ramadhan yang bakal menjelma ini,saya mengucapkan ahlan wasahlan ya ramadhan...selamat berpuasa semua...semoga puasa tahun ini lebih baik dari tahun yang sebelumnya...

BULAN RAMADHAN MERUPAKAN BULAN YANG KITA DAPAT SAMA-SAMA MERASAI KESUSAHAN DAN KEPERITAN ORANG LAIN...MARI KITA HAYATI BERSAMA....

PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA

Perkara yang membatalkan puasa seperti :
  1. Murtad
  2. Muntah dengan sengaja
  3. Mabuk atau pengsan sepanjang hari
  4. Keluar air mani dengan sengaja
  5. Bersetubuh disiang hari
  6. Gila walaupun sekejap
  7. Bersalin atau melahirkan anak
  8. Makan dan minum dengan sengaja disiang hari

PERKARA SUNAT DAN MAKRUH KETIKA BERPUASA

Perkara-perkara Sunat Ketika Berpuasa

  • Menyegerakan berbuka puasa 
  • Melewatkan makan sahur
  • Berbuka puasa dengan buah tamar
  • Membaca doa sebelum berbuka
  • Memperbanyakkan membaca Al-Quran,berzikir dan berselawat
  • Memperbanyakkan melakukan amal kebajikan
  • Memperbanyakkan bersedekah

Perkara-perkara Makruh Ketika Berpuasa

  • Gosok gigi selepas gelincir matahari
  • Berkumur-kumur berlebihan
  • Mandi berlebihan
  • Merasa makanan dengan lidah
  • Berbekam atau mengambil darah 
  • Mencium suami atau isteri

RUKUN PUASA & LAFAZ NIAT PUASA

Rukun Puasa


1)Niat   :   Bermula daripada terbenam matahari hingga terbit fajar
2)Menahan diri   :   Daripada makan dan minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa


Lafaz Niat

نَوَيتُ صَومَ غَدٍ عَنْ اَدَاءِ فَرْضِ شَهْرِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ ِللهِ تَعَالَى

Maksudnya  : 
Sahaja aku berpuasa pada esok hari bulan ramadhan tahun ini kerana Allah taala 

SYARAT WAJIB PUASA & SYARAT SAH PUASA

 Syarat wajib Puasa

1) Islam
2)Baligh
3)Bermukim
4)Suci daripada haid dan nifas
5)Mampu berpuasa
6)Berakal

Syarat Sah Puasa

1)Niat   :   Menahan diri daripada perkara yang 
                 membatalkan puasa
2)Islam :   Suci daripada haid dan nifas

PUASA

PENGERTIAN PUASA

Puasa ialah menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari